Selasa, 5 November 2013

Pertama kali membela hamster

Penjagaan hamster untuk pertama kali(newbie)
Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat berguna bagaimana cara-cara untuk menjaga hamster dengan betul bagi yang pertama kali ingin membelanya;

1-Sangkar
Pemilihan sangkar mestilah bersesuaian dengan jumlah hamster yang anda ingin pelihara. Harga sangkar adalah berbeza mengikut saiznya. Anda boleh dapatkan sangkar hamster di pet store berdekatan dengan anda. Sangkar yang lebih kecil sesuai untuk jumlah hamster yang sedikit manakala sangkar yang besar sesuai untuk jumlah hamster yang lebih banyak. Elakkan membeli sangkar yang mempunyai laci pada bahagian bawahnya kerana apabila hamster membuang air kecil, ia mungkin akan keluar melalui laci tersebut.Elakkan membela hamster anda didalam akuarium kerana pengudaraannya yang tidak baik dan menyebabkan bau busuk berlaku dengan cepat.




2-Bekas air
Untuk bekas air hamster pula ada 2 jenis samaada jenis gantung (botol air) seperti gambar dibawah ini ;


atau yang jenis sangkut di tepi sangkar seperti ini:



3-Bedding
Untuk bedding pula, selok-eloknya pilihlah bedding yang lembut dan anti-bacteria. Bedding boleh didapatkan dalam pelbagai jenama. Untuk anda yang selalu sibuk adalah baik anda membeli bedding yang mempunyai haruman, ini kerana ia mampu untuk bertahan lebih lama daripada bau yang busuk. Tukar bedding hamster anda 2 kali seminggu atau sekiranya perlu(kelihatan bedding sudah kekuning kuningan).


  


4.Makanan
Jika anda pernah melihat kartun bertajuk "Hamtaro", anda pasti amat biasa dengan lirik lagunya "Apa yang paling dia minati...Biji bunga matahari lala". Lirik lagu ini menggambarkan kesukaan Hamtaro, si hamster dalam kartun tersebut sangat menyukai biji matahari(kuaci). Memang benar, hamster sangat menyukai bebijian dan salah satu kegemarannya adalah biji matahari. Tapi tahukah anda, menjadikan biji bunga matahari sebagai makanan utama hamster, anda akan membuat si hamster menjadi obesiti. Iye,mereka pun macam kita juga,boleh mendapat penyakit obesiti(kegemukan). Hamster yang obesiti akan mudah terkena penyakit. Jadi, jangan jadikan biji bunga matahari sebagai makanan utama. Hadkan maksima 1`hari hanya 4-6 biji sahaja. 



atau saya syorkan anda memilih makanan jenis campuran sebegini. Biasanya makanan seperti ini, telah dicampur sekali dengan vitamin:



5-Mainan kecil
Hamster adalah haiwan kecil yang selalu gembira. Jadi anda perlulah menyediakan sebuah taman mini untuk hamster anda sebagai tempat permainan buatnya. Ia juga dapat mengelakkan hamster anda mendapat penyakit obesiti(kegemukan) antara peralatan permainan yang selalu digunakan adalah roda berpusing, terowong kecil dan rumah untuk hamster tidur.

         


6.Shampoo hamster
Adalah digalakkan anda yang baru bermula untuk memelihara hamster membeli sekali shampoo hamster ini, kerana hamster agak sensetif dengan bau. Kadang-kadang kita xpasti kenapa mereka bergaduh. Berkemungkinan juga mereka bermain tetapi sekiranya ada salah seekor berdarah itu menunjukkan mereka sudah tidak serasi. Jadi dengan menyembur shampoo ini, dapat menyamakan bau hamster anda. Seterusnya dapat mengelakkan mereka terus bergaduh. Ingat ya, hamster anda perlu pelihara secara berpasangan. Hamster akan mudah berasa sunyi dan cepat mati sekiranya dia berseorangan. Samalah macam kita, perlukan teman untu bermain dan bermanja.




Berikut adalah video yang diperoleh daripada You Tube atau boleh klik video di bawah untuk melihatnya..







by
Jeffrey



Tiada ulasan:

Catat Ulasan